KENAPA KITA PERLU PERSEMPADANAN SEMULA?*
1. Persempadanan Semula dibuat untuk memastikan populasi rakyat dalam sesebuah kawasan parlimen adalah dalam jumlah yang mampu diuruskan oleh seseorang ahli parlimen.
2. SPR melaksanakan Persempadanan Semula kali ini kerana terdapat parlimen yang jumlah rakyatnya sudah mencecah sehingga 100,000 penduduk. Justeru itu, persempadanan semula dilaksanakan dengan niat memberikan rakyat hak diberi perkhidmatan sewajarnya oleh Ahlli Parlimen mereka.
3. Kebiasaannya, persempadanan semula dibuat setiap 8 tahun, tetapi kali terakhir SPR membuat persempadanan semula adalah pada tahun 2003.
4. Ada kalangan ahli-ahli parlimen (terutamanya di kalangan pembangkang) yang asyik sibuk berpolitik sehingga tidak ada masa berjumpa rakyat, kerana itu mereka tidak memahami kepentingan Persempadanan Semula.
5. Di parlimen wilayah-wilayah persekutuan yang tiada DUN, rakyat sememangnya bergantung kepada wakil rakyat sahaja sekiranya ada mereka mahu membuat aduan - namun, mujurlah penduduk-penduduk wilayah masih lagi boleh menyalurkan aduan mereka kepada pihak PBT.
6. Inilah tugas sebenar wakil rakyat yang pembangkang tidak faham - mereka menolak tanggungjawab mereka untuk rakyat kepada PBT, semasa wakil rakyat Pembangkang sering kali lepas tangan dari masalah setempat.
7. Ahli Parlimen yang hanya sibuk berpolitik di media, dan tidak turun berjumpa sendiri dengan penduduk kawasan mereka pastinya tidak akan melihat persempadanan semula memberi sebarang manfaat kepada mereka.
PARLIMEN hari ini mendengar pembentangan Perdana Menteri mengenai persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Malaysia ini yang kali terakhir dibuat pada tahun 2003 atau 2004 – sekitar ini, yang pentingnya, dah lama sangat dah, dekat 20 tahun.
Takkan nak tunggu 93 tahun macam umur Mahathir pulak baru nak buat persempadanan semula kot?
Perkara ini perlu dilakukan kerana kadar pertambahan penduduk yang menjadikan satu-satu kawasan pilihanraya itu menjadi terlalu besar berbanding yang lain sedangkan jumlah wakil rakyat masih sama. Kawasan besar, tak terlarat Ahli Parlimen atau ADUN nak cover semua sebab itu perlu dibuat persempadanan semula – lebih kurang itu maksudnya.
Itu yang kita tak faham apa yang DAP dan Pakatan pembangkang yang dipimpinnya kecoh sangat, persempadanan semula saja pun bukan ketat peraturan pindah-pindah pengundi. Ya, setahu penulis, manipalusi sebenar dalam sistem pilihanraya yang dikatakan ni bukan dilakukan oleh SPR atau kerajaan BN tapi parti-parti Pakatan melalui proses pemindahan pengundi.
Lebih kurangnya, 1 jari tunjuk kat kita, 4 lagi tunjuk kat dia.
Justeru, janganlah rakyat tertipu konon ada penipuan yang berlaku dari soal persempadanan semula ini. Persempadanan semula ini sebetulnya tidak pernah menjadi isu kepada Pakatan, silap-silap dapat untung pulak lagi ke dia sebab ada kawasan parlimen yang dia menang besar, dari satu dah menjadi dua.
Lainlah kalau peraturan memindah pengundi itu yang dikaji untuk diketatkan dan seumpamanya. Kalau berlaku yang itu, memang beri kesan mendalam.
Ini semua lebih kurang sama ceritanya dengan dakwaan 40,000 bangla mengundi dalam PRU13. Sementara ada yang leka mengejar bas-bas membawa pengundi yang dikatakan dari Bangladesh, bas-bas yang membawa pengundi luar kawasan, dilupakan. Divertionlah senang kata.
kredit to http://www.mykmu.net/2018/03/persempadanan-semula-saja-pun-bukan-ketat-peraturan-pindah-pengundi/
#bn #bersepadamansemula #pru14 #tunm #najibrazak #zahidhamidi
kredit to http://www.mykmu.net/2018/03/persempadanan-semula-saja-pun-bukan-ketat-peraturan-pindah-pengundi/
#bn #bersepadamansemula #pru14 #tunm #najibrazak #zahidhamidi
No comments:
Post a Comment