Wednesday, 28 March 2018

Akhirnya Nurin Bebas

PETALING JAYA, 27 Mac (Bernama) -- Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata mereka diberi kelonggaran berpolitik jika mereka berminat dan ini berbeza dengan kepimpinan sebelum ini yang menyekat penglibatan mereka dalam politik negara.

"Mereka berhak berpolitik di luar kawasan kampus. Jika dalam kampus itu tertakluk kepada peraturan universiti. Jika didapati mereka berkempen juga dalam kampus sehingga melanggar peraturan, itu bawah bidang kuasa universiti untuk memutuskan tindakan.

"Saya juga tidak faham kepimpinan terdahulu jelas melarang keras penglibatan pelajar dalam berpolitik, tetapi sekarang beliau pula amat menyokong agar mereka (pelajar) aktif berpolitik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran 'Taylor's Curriculum Framework' (TCF) di sini, hari ini.

Idris berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai had atau larangan penglibatan penuntut IPT menyertai kempen politik menjelang PRU14....

No comments:

Post a Comment

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...