Wednesday, 28 March 2018

Janji manis..letak buah-buahan dalam dulang emas

KUALA LUMPUR 21 Mac – Manifesto pakatan harapan bukan sahaja dilihat sekadar populis dan penuh illusi malah manifesto tersebut bolehlah disifatkan seumpama menghidangkan buah-buahan di atas dulang emas kepada rakyat.
Dua ahli panel yang diundang khas menerusi program Diskusi UMNO-Online “Anda Tanya Kita Jawab” yang dihoskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa  membuat kesimpulan yang jelas bahawa manifesto berkenaan hanyalah sekadar menawarkan apa yang rakyat mahu tetapi tidak bersandarkan kepada hakikat sebenar.
Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin dalam hujahnya berkata perkara-perkara yang ditawarkan oleh pakatan harapan tidak mungkin berlaku  kerana kerajaan hari ini telah mengambil langkah yang sewajarnya khususnya dalam pelbagai perkara yang dibangkitkan menerusi janji 100 hari pakatan memerintah.
“Pada saya manifesto pembangkang ini hanyalah ilusi. Maksudnya tidak mungkin akan berlaku..umpamanya gaji minima. Ini kerajaan dah buat. Tawaran untuk menstabilkan harga minyak pula ini  bukanlah dalam kawalan kita. Bergantung kepada faktor dalaman dan luaran. Mereka sekadar lontarkan janji. Ini adalah sekadar ilusi yang tidak mampu mereka laksanakan sebaliknya sekadar janji-janji manis.
“Begitu juga janji mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB. Dalam isu ini kerajaan dah buat semua dah… begitu jugalah soal Felda yang mereka war-warkan kononnya untuk menghapuskan hutang seperti mana yang terkandung di dalam janji mereka. Hakikatnya kerajaan menerusi Felda sudah buat lebih dari apa yang mereka tawarkan.
“Manifesto adalah bagaimana untuk membawa warga Felda terus maju ke depan…contoh lain adalah TN50…kita mahu ke mana menerusi TN50 itu …ke hadapan. Itu baru manifesto. Jangan silap dan rakyat perlu faham dan jangan tertipu.,“ katanya dalam program Anda Tanya Kita Jawab menerusi UMNO-Online mengupas tajuk “Kenapa Manifesto Pembangkang Ditalkin Awal?”, di sini, hari ini.
Selain Datuk Hasan Arifin, turut menjadi ahli panel adalah  Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan, dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan.
Meneruskan hujahnya Hasan berkata Felda diuruskan dengan baik oleh kerajaan malah agensi berkenaanlah yang membantu warga peneroka hingga ke hari ini.
“Sebanyak 10 ekar yang diberikan kerajaan pada satu ketika dahulu telah mengubah segala-galanya. Anak ke Jordan, Mesir, England dan macam-macam..kenangkankanlah. Ribuan anak peneroka mencapai kejayaan.
“Hakikatnya 10 ekar itu diurus dan ditadbir dengan baik di bawah organisasi yang baik yang telah berjaya mengubah struktur orang Melayu dan apakah kita nak merosakkan organisasi ini. Kita akui ada kelemahan namun kita sentiasa melihatnya. Kalau perlu tukar kita tukar pengurusan dan jika ada mereka yang menyeleweng dan sebagainya kita ambil tindakan,“ ujarnya.
Beliau turut menyentuh soal pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dihapuskan oleh pakatan pembangkang.
“Hapus GST adalah omong-omong kosong dan GST turut digunakan sebagai alat untuk memperlekeh dan melemahkan pengurusan kewangan negara. Ini sebenarnya kecekapan dalam sistem mengutip cukai. Sistem itu kononnya dicanang menekan rakyat tetapi hakikat adalah sebaliknya. Sebenarnya GST memperbaiki kaedah kutipan cukai bagi membela rakyat ,“ katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idiris turut melihat perkara yang sama berhubung GST yang mana sekadar dimanipulasi oleh pembangkang dalam usaha memburukkan kerajaan.
“Pembangkang kata nak hapus GST…Peliknya lebih 160 buah negara dah laksanakan dan kita di ASEAN, tujuh daripada sebelas negara dah laksanakannya. Malah kita antara negara yang terendah dalam pelaksanaan.
“Kita juga wujudkan sistem percukaian yang “zero“ rated…ini tidak digembar gemburkan oleh mereka dan pembangkang canang seolah-olah semua barang dikenakan cukai.  Pembangkang buat sifir mudah…rakyat Malaysia yang berbelanja RM1.00 seorang dan kita ada 38 juta rakyat katakan dikenakan 0.60 sen. Inilah sifir mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan melalui sistem percukaian ini,“ ujarnya.
Katanya lagi sudah berulang kali dan hari ini ditekankan sekali lagi bahawa hasil GST itulah digunakan untuk membantu rakyat termasuklah dalam soal subsidi pendidikan.
“Subsidi diberikan secara langsung terutama B40 ke bawah dan ini banyaknya di kolej-kolej kerajaan dan sebagainya. Tidak ada siapa boleh tolak kebaikan GST kepada rakyat.
“Dalam soal pendidikan pula, apa yang ditawarkan oleh mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas ke arah mana pendidikan negara akan dibawa. 100 hari memerintah nak hapuskan PTPTN dan begitu juga soal pendidikan percuma…tidak melambangkang hakikat yang sebenarnya.
“Tidak tahu ke mana arah pendidikan yang mereka hendak bawa melainkan hanya canang nak bagi percuma. Jelas bukan manifesto namun hanya lebih kepada janji  menjelang pilihan raya untuk menarik undi. Buat atau tidak itu soal kedua,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...