Friday, 23 March 2018

bukan taste nurin orang tua...

UNGKAPAN ‘Dah lama dah’ merupakan apa yang berulang kali dituturkan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 22 Jun 2002.
Pengumuman itu menandakan Mahathir, yang ketika itu sudah berusia 77 tahun, sudah mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri yang telah disandangnya sejak 1981 semasa berumur 56 tahun.
Bagaimanapun, selepas sejam pengumuman berkenaan, Mahathir menarik balik keputusan tersebut dan beliau akhirnya meletakkan jawatan Perdana Menteri pada tarikh 31 Oktober 2003 iaitu pada usia 78 tahun.
Malaysia kemudiannya menyaksikan peralihan kepada era baharu tetapi pada tahun ini, ketika dalam usia 93 tahun, Mahathir meluahkan hasratnya kembali ke gelanggang politik dan menjadi calon Perdana Menteri ketujuh Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Dalam benak fikiran ramai di luar sana, ketika pada usia 77 tahun pun Mahathir boleh tuturkan sebagai ‘sudah lama’, tidakkah hasratnya sekarang ini meletakkannya dalam kedudukan yang lebih sukar terutamanya dari sudut kesihatan.
Mahathir berkata pada usia 93 tahun beliau masih mampu menunggang kuda dan memandu kereta tetapi tuntutan dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri adalah lebih daripada itu.
Usah diminta program turun padang melawat kawasan-kawasan di seluruh Malaysia, untuk berada dalam pejabat dari pukul 8 hingga 5 petang, lima hari seminggu pun, mampukah Mahathir dari segi kesihatan diri?
Sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dapatkah Mahathir menggagahi dirinya untuk menghadiri kembali ratusan mesyuarat yang menuntut beliau membuat keputusan-keputusan penting bagi kerajaaan dan negara.
Pertaruhan yang dibuat oleh Mahathir pada usia 93 tahun adalah pertaruhan yang amat merbahaya kerana kerapuhan Pakatan Harapan yang berbeza ideologi akan hanya menghuru-harakan negara.
Sekiranya semata-mata hendak memenuhi kemahuan politik Mahathir, masa hadapan tanah air tercinta ini yang diletakkan dalam ketidaktentuan dengan hak generasi muda yang bakal terkorban. – UTUSAN ONLINE
#kredittomykmu

No comments:

Post a Comment

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...