Thursday, 5 April 2018

TANGGAL BAJU ESOK!!!

Istana Negara menjadi tumpuan negara hari ini berikutan spekulasi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan mengenai pilihan raya yang dinantikan.
Anggota media berkumpul di pintu masuk Istana Negara sejak pukul 7 pagi kerana menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke Istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan pembubaran Parlimen dilakukan.
Sejak seminggu lalu, ramai telah menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat, selepas berakhir sesi Dewan Rakyat dan sebelum pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Bukit Jalil pada malam hari Sabtu, 7 April.
Pilihan Raya Umum ke-14 akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, dijangka pada awal bulan Mei sebelum bermula bulan Ramadan.
Pentadbiran persekutuan digambarkan tenang yang memperlihatkan kehangatan politik semakin memuncak, apabila ahli-ahli dan pakar politik bersedia untuk Parlimen dibubarkan bagi membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bagaimanapun, sebelum berbuat demikian, Najib akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada pukul 8.30 pagi.
Mesyuarat mingguan, yang biasanya diadakan pada Rabu, dikatakan dibawa ke Jumaat atas beberapa sebab.
Perdana Menteri terpaksa menghadiri perhimpunan dengan penjawat awam dua hari lalu, diikuti dengan taklimat bersama barisan ketua pengarang dan lawatan ke Sarawak untuk beberapa urusan awam.
Memetik sumber berkata, jika mesyuarat Kabinet kali ini adalah terakhir sebelum pilihan raya, semua 35 menteri akan bergambar bersama sebagai kenangan.
Ia merupakan tradisi sejak dulu dalam kalangan anggota Kabinet bergambar bersama pada mesyuarat pertama selepas sebuah kerajaan dibentuk dan sekali lagi sebelum pembubaran Parlimen.
Walaupun tiada kod khusus berpakaian, lelaki biasanya akan memakai tali leher merah, manakala wanita berselendang merah.
Berdasarkan semakan di beberapa pejabat menteri bagaimanapun menunjukkan tiada peringatan dikeluarkan kepada bos mereka supaya memakai tali leher atau selendang merah pada Jumaat.
Selepas mesyuarat itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua menteri akan menyertai Najib untuk membuat pengumuman itu, yang akan disiarkan secara langsung di RTM.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Najib akan membuat pengumuman itu sebaik sahaja mesyuarat Kabinet atau menunggu sehingga selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, sepanjang pagi tadi, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi mengenai pengumuman pembubaran itu.
Pembubaran Parlimen akan membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan.
-PRU14.TV

No comments:

Post a Comment

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...