Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan janji yang lebih bersifat inklusif kepada semua rakyat, apabila janji Manifesto BN dilihat lebih menyeluruh dan boleh dinikmati semua negeri, sekaligus mencapai tahap lebih baik daripada apa dikecapi rakyat sekarang.
Manifesto yang dirangkumkan membabitkan semua aspek termasuk ekonomi,infrastruktur dan pendidikanyang bermotifkan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera jika dibandingkan dengan manifesto Pakatan Harapan.
Antara manifesto yang dijanjikan BN bagi seluruh negeri:
1.Aku janji Johor: Lebuhraya PLUS dari Yong Peng ke JB, dibesarkan daripada empat kepada enam lorong sebab terlalu sesak.
2. Aku janji Melaka: BN janji akan membina lebuh raya dari Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas di Melaka.
3. Aku janji Sabah dan Sarawak: BN janji hak penyeliaan kawalan elektrik dan gas akan dikembalikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
4. Aku janji Negeri Sembilan: Malaysian Vision Valley, di Negeri Sembilan akan diperhebatkan sebagai projek ikonik.
5.Aku janji Terengganu: Bina Lebuhraya Tepuh-Kuala Nerus-Kelantan secara berperingkat.
6.Aku janji Kedah: BN akan bangunkan zon ekonomi khas di Bukit Kayu Hitam.
7.Aku janji Perak: Sebuah lapangan terbang baharu akan dibina di Seri Iskandar dalam tempoh 5 tahun.
8.Aku janji Perlis: Projek pembangunan lembangan Sungai Perlis, dari Kangar ke Kuala Perlis akan dilaksanakan – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
9.Aku janji Wilayah Persekutuan: Bina lebih banyak projek urban renewal dan redevelopment seperti RUMAWIP .
10.Aku janji Pahang : BN juga akan menambah peruntukan untuk menambah bilangan rumah mampu milik, kos rendah dan generasi kedua FELDA di Pahang.
11.Aku janji Pulau Pinang : BN juga berjanji untuk menyediakan sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.
12.Aku janji Kelantan: Percepatkan pembinaan lebuhraya dari Gua Musang ke Kota Bharu – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
13.Aku janji Selangor: Janji BN untuk menyelesaikan masalah air di Selangor jika berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Dalam manifesto BN juga, BN akan memastikan sistem pendidikan negara sesuai dengan masa depan dalam konteks revolusi industri 4.0 untuk lahir lebih ramai anak-anak kita yang mahir dalam bidang terbaharu .
Dalam pada itu, BN memberi jaminan anak muda bawah 30 tahun akan mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar.
Selain itu, perkasa sumbangan PKS, memperbanyakkan RTC dan UTC selain industri halal.
Jika dilihat parti pembangkang sebagai satu pakatan yang tidak berpegang teguh kepada pendirian yang tetap apabila sering membuat U-TURN bila berjanji dengan rakyat. Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan malam ini adalah satu akujanji yang akan ditunaikan berbanding manifesto pembangkang yang penuh dengan janji popular dan tidak realistik.
No comments:
Post a Comment