“Bila ada syarat tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka kos perlu dipertingkatkan. Ini yang dialami pemaju di negeri itu.
“InsyaAllah, kalau kita diberi kepercayaan di Selangor, kita tidak akan tambah syarat-syarat bukan sahaja untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi juga untuk pemaju-pemaju lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan ke Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd., Datuk Ahmad Azizi Ali
Menyentuh mengenai situasi di Pulau Pinang pula, Najib menjelaskan, kerajaan negeri tadbiran DAP itu mengenakam syarat yang pelik iaitu pembeli perlu mendaftar sebagai pengundi di negeri tersebut terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, komitmen kerajaan untuk mencapai sasaran pembinaan satu juta rumah mampu milik telah dapat dipenuhi dengan 139,338 rumah atau 12.5 peratus telah siap sepenuhnya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 311,281 rumah atau 28 peratus berada dalam pelbagai peringkat pembinaan serta bakinya berada pada peringkat perancangan dan prakelulusan. - UTUSAN ONLINE