Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilihat begitu teruja untuk bertemu dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng dalam satu forum bagi mengupas skandal dasar laut bernilai RM6.3 bilion, di Pulau Pinang, Jumaat ini.
“Kit Siang, Guan Eng, jumpa kamu berdua Jumaat ini, tepat pukul 7.30 malam!” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ka Siong juga berharap Kit Siang yang sebelum ini mendakwa kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminjam ‘skrip’ daripada orang lain itu akan memberanikan diri untuk bersemuka dan menguji sejauh mana pengetahuannya mengenai isu berkenaan.
“Biar Kit Siang sendiri mencari dari mana saya mendapat skrip itu,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment