Saturday, 31 March 2018

Isu Mahasiswa Dicabul...

Mahasiswa Pakatan Harapan mencabar Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Idris Jusoh atau wakil untuk berdebat isu kebebasan pelajar universiti berpolitik.

"Idris Jusoh seorang alumni beberapa universiti antarabangsa sepatutnya faham kepentingan mahasiswa universiti untuk bebas berpolitik, bersuara dan berpersatuan dalam usaha membangunkan modal insan bagi manfaat negara.

"Kami mengalu-alukan perbincangan sihat berhubung perkara ini di antara kementerian dan mahasiswa universiti.

"Sebab itulah, kami mencadangkan wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk berdebat dengan kami berhubung isu ini," kata Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan, Na'im Brundage pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Menjawab kepada isu Mahasiswa Pakatan Berkaitan debat saya syorkan anda baca apa ulasan ini:

Isu AUKU yang di berkaitan kebebasan bersuara dan berpolitik telah hangat diperkatakan oleh Mahasiswa. Namun Sejauhmana Mahasiswa faham dan BACA berkenaan AUKU. Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Dato Seri Hj Idris Jusoh dalam ucapan beliau Mahasiswa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata mereka diberi kelonggaran berpolitik jika mereka berminat dan ini berbeza dengan kepimpinan sebelum ini yang menyekat penglibatan mereka dalam politik negara.
"Mereka berhak berpolitik di luar kawasan kampus. Jika dalam kampus itu tertakluk kepada peraturan universiti. Jika didapati mereka berkempen juga dalam kampus sehingga melanggar peraturan, itu bawah bidang kuasa universiti untuk memutuskan tindakan.(BERNAMA)
Sebenarnya, masih ramai yang salah faham mengenai AUKU, terutama selepas pindaan tahun 2012. Rujuk pada Seksyen 15 AUKU . Seksyen ini pada asalnya digunakan untuk menyekat mahasiswa dari menyertai parti politik. Namun pindaan pada tahun 2012 telah membenarkan pelajar menyertai parti politik di luar kampus, dengan syarat tidak boleh terlibat dan melakukan aktiviti parti politik di dalam kampus.
Dari Seksyen 15 AUKU ini, Mahasiswa dibenarkan melakukan perkara berikut, iaitu:
a) Menjadi ahli mana-mana parti politik yang berdaftar,
b) Menyertai, menghadiri atau menganjurkan mana-mana aktiviti dan program parti politik yang berdaftar di luar kampus, selagi tidak menyalahi undang-undang,
c) Menjadi pimpinan mana-mana parti politik yang berdaftar,
d) Menjadi calon pilihanraya di bawah tiket mana-mana parti politik yang berdaftar,
e) Terlibat dan membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik yang berdaftar (pasang bendera, gantung banner blablabla) di luar kampus,
Batas-batas yang perlu dipatuhi oleh Mahasiswa dalam berpolitik:
a) Menganjurkan program parti politik di dalam kampus,
b) Menyertai dan menghadiri mana-mana aktiviti dan program parti politik yang dilakukan di dalam kampus,
c) Menyertai, menghadiri atau menganjurkan aktiviti dan program parti politik atau mana-mana pertubuhan dibuat di luar kampus yang menyalahi undang-undang, cth demonstrasi haram,
d) Mengadakan atau membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di dalam kampus, samada melalui rapat umum, pidato dsbg,
e) Mengedarkan risalah dan bahan kempen parti politik di dalam kampus,
Larangan ini juga perlu dibaca bersama larangan-larangan yang terkandung di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar Universiti seperti larangan berhimpun, menggunakan pembesar suara, mengedarkan risalah dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...