Tuesday, 17 April 2018

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda.
Ini susulan kes kebocoran data sehingga memberi kesan buruk kepada pengguna Facebook seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg.
Jadi, sekiranya anda ada 12 maklumat ini, sila padamkan segera!

1. Tarikh lahir
Tarikh lahir termasuk nama penuh dan alamat merupakan informasi penting yang perlu anda padam di Facebook.
Ini kerana dengan maklumat seperti ini, individu tidak bertanggungjawab akan mendapat akses untuk tahu akaun bank dan informasi peribadi anda.

2. Nomber telefon
Jangan sesekali dedahkan nombor telefon anda jika tidak mahu diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

3. ‘Unfriend’ rakan anda
Menurut pakar psikologi dari Oxford Universiti, Profesor Robin Dunbar, manusia hanya boleh kekalkan 150 hubungan yang kukuh bersama rakan-rakan.
Justeru, ‘unfriend’ rakan anda yang tidak diperlukan untuk kekalkan hubungan baik menerusi laman media sosial.

4. Gambar bersama anak-anak
Menurut Pemangku Pengarah Universiti Oxford, Victoria Nash, tiada apa yang anak kita ingin tahu tentang diri mereka di laman sosial pada masa yang akan datang.

5. Maklumat sekolah anak-anak
Menurut laporan Persatuan Kebangsaan untuk Mencegah Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC), rekod penganiyaan seksual terhadap kanak-kanak telah meningkat setiap tahun.
Jadi, perkara terakhir yang anda ingin kongsikan adalah peluang buat penjenayah seksual untuk mengambil kesempatan terhadap anak-anak anda.

6. Lokasi
Laporan Tech Crunch pada 2015 menjelaskan, 500 juta pengguna Facebook kongsi lokasi mereka melalui telefon pintar mereka dan ini membolehkan sesiapa sahaja tahu di mana anda berada.

7. Pengurus pejabat
Secara umum, pasti semua tahu Facebook merupakan platform media sosial yang ramai gemar untuk luahkan perasaan anda.
Status anda itu boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dan ini termasuk ‘boss’ anda. Untuk pastikan tiada pihak terasa hati, tetapkan mod privasi ke atas mereka.

8. Lokasi rumah
Anda mungkin terlupa bahawa jika anda tag lokasi rumah anda, anda sebenarnya sedang mendedahkan kepada umum alamat rumah anda.

9. Perancangan percutian
Menurut laman web This is Money, pelancong yang diragut semasa bercuti tidak akan dapat wang pampasan sekiranya mereka kongsi perancangan percutian mereka di laman media sosial.

10. Status hubungan
Walaupun anda mahu raikan hubungan percintaan anda, jangan lakukan di Facebook. Mungkin ada ‘mata-mata’ yang sedang memerhatikan anda.

11. Maklumat kredit kad
Jangan sesekali kongsi maklumat kredit kad anda di Facebook!

12. Gambar pas pelepasan
Pasti anda seronok untuk berkongsi gambar percutian anda bukan? Tetapi jangan sekali muat naik gambar ‘boarding pass’ anda kerana perincian unik pada pas itu adalah informasi untuk penerbangan anda.

Saturday, 14 April 2018

2,000 siswa bantu BN berkempen PRU14

Seramai 2,000 Siswa Barisan Nasional (SBN) akan turun menjelajah ke kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara bagi membantu kempen BN sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden SBN Muhammad Ajmal Md Shater berkata jentera itu akan digerakkan secara berperingkat dalam kumpulan yang kecil mulai Ahad ini hingga hari terakhir kempen PRU14.
“Pendekatan kami adalah berkempen meraih undi khususnya pengundi muda dari rumah ke rumah dan kedai kopi dengan menyalurkan maklumat tepat mengenai agenda serta perjuangan Umno dan BN. Golongan ini menjadi sasaran kerana mereka adalah penentu kepada keputusan PRU14,'' katanya kepada Bernama selepas pelancaran jentera SBN di ibunegara semalam.
Pelancaran disempurnakan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta turut dihadiri penaung SBN Datuk Seri Razali Ibrahim.
Dalam pada itu, Razali berkata SBN adalah kesinambungan kepada Siswa 4U yang berkempen untuk BN pada PRU13, sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2012 yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik di luar kampus.

''Dahulu mereka (mahasiswa) memberi sokongan tidak secara terbuka kepada BN, tetapi apabila melihat ada nama mahasiswa yang berkait terus dengan parti pembangkang, maka mereka sendiri menggelarkan SBN.
''Saya tidak pernah menyuruh tetapi hanya menyelia apa kehendak mereka supaya ia tidak melanggar undang-undang tertentu,'' katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei sebagai tarikh pengundian awal.
- Bernama

Thursday, 12 April 2018

Wanita cantk jadi pilihan


Bahang PRU14 kian terasa, ada jadikan bahan jenaka

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2018 9:36 AM
im


PETALING JAYA: Bahang pilihan raya kian dirasai dan ia dihangatkan lagi dengan beberapa koleksi jenaka menghiburkan yang menjadi tular di media sosial.
Antara perkara yang dijadikan bahan jenaka adalah tarikh pengundian, 9 Mei (Rabu) yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ada di kalangan pengguna media sosial yang menggunakan singkatan Rabu sebagai 'Rakyat Akan Balik Undi'.
Malah penyokong kerajaan mahupun pembangkang turut menghangatkan suasana PRU14 dengan kaedah perang poster berserta perkataan yang mencuit hati.
Antaranya: "Bang, pilih biru muda saja tau bukan bini muda."
Istilah 'muda' dalam poster yang mempromosikan Pakatan Harapan memberi maksud tersirat bagi perkataan biru dan bini.
Biru muda dikaitkan dengan PKR yang juga warna simbolik calon Pakatan manakala warna yang lebih gelap adalah ikon Barisan Nasional.
Malah penyokong BN turut memuatnaik sekeping poster yang memaparkan dua gadis muda berpakaian biru memegang plakad undilah Barisan Nasional sambil menunjuk isyarat bagus.
Di dalam poster itu turut tertera perkataan:"Pilih biru tua saja tau, bukan PM tua."
Ia turut memberi maksud tersirat bagi perkataan tua yang ditujukan kepada calon perdana menteri Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bakal berusia 93 tahun Julai ini.

Monday, 9 April 2018

kawal nafsu anda...

Jangan Tak Tahu, Guan Eng Juga Boleh Kawal Mahkamah
Sebelum ini Lim Guan Eng tuduh PM Najib dan kerajaan kawal mahkamah, namun kini dia yang meludah ke langit. Ini berikutan kes rasuahnya melibatkan pembelian banglo jutaan ringgit ditangguhkan oleh Mahkamah Pulau Pinang, seolah-olah sengaja membuka jalan untuk beliau terlibat dalam pilihan raya nanti.
Tarikh penamaan calon belum lagi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kes Guan Eng masih boleh dibicarakan, jadi atas dasar apa Mahkamah Pulau Pinang menangguhkan perbicaraan kes ini jika bukan atas arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri. Sedap mengata PM Najib kawal mahkamah, sekarang apa cerita? Dia sendiri tak kawal mahkamah ke?
Sebenarnya, kalau nak ikutkan rasa tak puas hati, macam-macam ‘fake news’ boleh direka oleh penyokong kerajaan tentang Guan Eng yang mempunyai kuasa mengawal mahkamah, namun hal itu tidak berlaku, bukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh puak-puak pembangkang yang mereka pelbagai fitnah dan tuduhan untuk menghentam kerajaan saban hari.
#TolakPakatanPRU14  #PakatanProDAP

Apa Yang Dia Mahu???

LELAKI tak guna mempersenda dan mempermainkan kita...huhuhuhuhu

Oleh Amin Yatim
Tun Mahathir Mohamad, calon Perdana Menteri, “pakatan harapan” dijangka meninggalkan negeri kelahirannya, Kedah, untuk bertanding di Lembah Klang sebagai langkah meyakinkan para penyumbang dana dan pengundi atas pagar bahawa beliau akan menang dalam pilihan raya umum nanti.
Sejak setahun lalu Mahathir diuar-uarkan akan bertanding di Langkawi atau Kubang Pasu. Walaupun beliau Ahli Parlimen Kubang Pasu selama lebih 20 tahun, namun Langkawi lebih merupakan pilihan selamat beliau di Kedah.
Realitinya, apakah beliau akan menang jika bertanding di Kedah?
Kubang Pasu
Kubang Pasu dilihat terlalu kuat untuk UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun Mahathir begitu lama menjadi wakil rakyat di sana, kebanyakan perkhidmatan masyarakat dilakukan oleh beberapa pemimpin akar umbi seperti Johari Baharum (Ahli Parlimen sekarang) dan bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff. Sungguhpun dua ADUN dalam kawasan terbabit dilihat orang Mahathir namun mereka jelas menjarakkan diri apabila beliau keluar UMNO.
Kekalahan Mukhriz Mahathir dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 2004 merupakan tanda awal penghakisan pengaruh Mahathir di sana. Ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan Mahathir menang pemilihan G7 perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO 2007.
Dengan Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan, pemimpin akar umbi sejak 30 tahun lalu dijangka kekal bertanding, Mahathir sukar untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional, Pas dan PKR (Pakatan Harapan). Ini kerana Kubang Pasu sentiasa menjadi pentas penyokong konservatif Melayu membabitkan UMNO (Barisan Nasional) dan Pas.
Langkawi Kerusi Selamat Mahathir?
Cakap-cakap politik paling kuat sudah tentulah Mahathir akan bertanding di Langkawi. Pulau yang beliau promosikan sepanjang kerjaya beliau sebagai Perdana Menteri. Fakta ini dkuatkan lagi dengan pelantikan Mahathir sebagai Ketua Bahagian Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di situ.
Namun Mahathir sekali lagi berhadapan cabaran besar untuk mengubah pola pengundian Melayu konservatif yang berpaksikan UMNO dan Pas sejak berpuluh tahun lalu. Mengikut daftar pemilih terbaru, 90% daripada 42,793 pengundi Langkawi adalah kaum Melayu dan beragama Islam. Dalam dua pilihan raya lalu undi yang diterima oleh gabungan PKR-PAS tidak lebih dari 10 ribu pengundi.
Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum lalu dengan 21,407 undi berbanding PKR 9,546 undi. Dengan andaian Mahathir mampu menarik 30 peratus undi UMNO/Barisan Nasional sebelum ini pun, ia masih cabaran yang sukar untuk menang. Ini kerana Pas sendiri mempunyai pengundi tradisonal sekitar 5000 orang sejak beberapa pilihan raya lalu.
Ketika tsunami politik 1999 dan 2008, Langkawi kekal memberi majoriti yang besar kepada Barisan Nasional. Justeru ditambah dengan pengenalan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan lain-lain projek pembangunan di sana, adalah sukar untuk melihat Barisan Nasional hilang kerusi ini.
Kekuatan Mahathir
Kekuatan sebenar Mahathir adalah di Lembah Klang, pusat segala percambahan maklumat dan gosip politik serta pengundi muda yang beremosi. Mahathir popular di lembah klang kerana jumlah pengundi muda bawah 40 tahun yang ramai. Mereka tidak cukup tua untuk mengetahui segala masalah dan “kejahatan” Mahathir.
Mahathir mempunyai peluang untuk menang lebih tinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbanding Kedah. Tiada pengundi Melayu tradisional akan mengundi Mahathir yang bersengkongkol dengan DAP dan BERSIH. Mereka tahu apa agenda kedua-dua entiti ini ke atas Melayu dan Islam.
Namun di bandar agenda Melayu dan Islam bukan lagi agenda sebahagian besar pengundi muda. Mereka lebih terbuka kepada isu “good governance”, berjiwa “anti-estabalishment” dan tidak terlalu terikat kepada parti politik seperti di luar bandar.
Jika Mahathir mahu meyakinkan para pemodal politik dan penyumbang dana bahawa beliau adalah bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan, beliau akan memilih kerusi-kerusi seperti Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Shah Alam.
Soalnya, apakah Mahathir sanggup meleburkan egonya lari ke Kuala Lumpur bagi meyakinkan pengundi bahawa beliau akan menang dalam Pilihan raya akan datang?
Jika Mahathir bertanding di Kedah, maka bolehlah para pemberi dana politik dan penyokong PPBM melupakan hasrat untuk melihat Mahathir menjadi Perdana Menteri. -MYKMU.NET

Sunday, 8 April 2018

Janji Yang Menepati Citarasa..

Pilihan Yang membuka mata dan hati secara peribadi tentang kehebatan yang telah ditonjolkan..
Nurin secara ikhlas menerima dengan rela hati untuk menerimanya.......


























Lelaki Kena hukum Karma...

MACHANG: Tun Dr Mahathir Mohamad diibaratkan terkena hukum karma apabila cubaannya untuk menjatuhkan UMNO berlaku pula pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata keputusan menggunakan simbol PKR dalam kalangan parti pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut menjadikan bekas Perdana Menteri itu kini berada di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, jika sebelum ini Dr Mahathir berharap menjadi 'boss', namun sebaliknya belaku apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pula menerima Anwar sebagai 'boss'."Apa saja perkara yang dilakukan Dr Mahathir dahulu, terjadi kepada beliau. Beliau berusaha mengharamkan UMNO, tapi sekarang lihatlah apa terjadi kepada partinya.
"Dr Mahathir juga seolah-olah ahli nujum apabila sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan kekal selepas tahun 2020, tapi dengan tiba-tiba PPBM pula sekarang 'mampus keras' (tidak bernyawa).
"Sekarang (Dr Mahathir) tiada parti dan terpaksa menumpang PKR. Impiannya mahu menjadi Perdana Menteri sementara adalah angan-angan saja," katanya pada Majlis Himpunan Bersama Rakyat Parlimen Machang, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kekalahan UMNO di Kelantan pada 1990 sehingga jatuh ke tangan PAS adalah disebabkan rakyat negeri ini marah kepada Dr Mahathir kerana bersikap kuku besi, bukannya demokratik.
Katanya, beliau menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan kembali UMNO lama, kerana UMNO baharu yang diwujudkan Dr Mahathir mempunyai pelbagai syarat.
"Apabila berlaku pertandingan bagi pemilihan Presiden parti pada 1987, ramai rakyat Kelantan yang mengharapkan saya menang, termasuk orang UMNO sendiri, tetapi sebaliknya berlaku menyebabkan mereka marah kepada Dr Mahathir, saya tidak main duit, lawan secara jantan.
"Malah, pelbagai pula tindakan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri untuk mengongkong UMNO termasuk tidak membenarkan orang muda dan guru bertanding serta menentukan segala tindakan parti bagi memastikan beliau kekal," katanya.

12 perkara!!! JANGAN SHARE

BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehin...